Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Maka ada beza antara Bughah khawarij dengan orang demonstrasi dalam negara demokrasi.
Hamba Allah Tweet
Maka, para ulama berkata, padahal mereka keluar dengan senjata, masalah mereka besar. Maka ada beza antara Bughah khawarij dengan orang demonstrasi dalam negara demokrasi. Bughah yang disuruh perang oleh kitab Fiqh membawa senjata, khawarij bawa pedang. Senjata yang mereka bawa ni hanyalah kertas dan baju kuning, itu masalah mereka. Baju apa mereka pakai itu masalah lain. Jadi, kita tak boleh samakan, sebab para fuqaha tidak menyamakan.
Bahkan, apabila mereka memperkatakan tentang Bughah , mereka menyatakan bahawa tidak boleh, dan tidak jika mereka tak bawa senjata. Jika mereka itu bukan *zoo shawkah* (orang yang ada senjata), maka kerajaan tak boleh bunuh mereka dengan senjata. Jika mereka berunding, kitab mereka kata kerajaan hendaklah berunding. Bahkan, sesetengah kitab mereka kata jika hujah Bughah benar, kerajaan hendaklah mendengar hujah mereka.
Oh, fuqaha kita mendahului zaman. Kalau hujah mereka pun sahih, dalil-dalil mereka sahih, kerajaan hendaklah menegakkan keadilan seperti mana yang mereka sebut. Allah menyebut: *”Wa in ta’ifatani minal mukminin iqta tatalu fa aslihu baynahuma, fa in baghat ihda humaa ‘alaal ukhra faqaatilu allathi tabghi hattha tafia ila amrillah”*. Walaupun ada yang kata ayat ini asalnya merujuk kepada Bughah , nak kenakan pada Aisyah. Aisyah bukan Bughah saya kata, tapi ayat ni Allah kata jika dua puak di kalangan orang Islam berperang, Allah tak kata peranglah yang di pihak yang menentang pemerintah. Allah kata jika dua puak di kalangan orang Islam berperang, maka hendaklah kamu damaikan keduanya. Jika salah satunya melampau kepada yang lain, maka hendaklah kamu perangi yang melampau itu.
Perang ini dalam konteks negara demokrasi, mereka tak perang, mereka keluar saja. Saya bukan menyokong Bersih ataupun tidak. Saya setuju dengan Datuk Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang juga menjemput saya pergi esok lusa dalam sidang perbincangan selepas Bersih. Saya akan berikan pandangan, bukan tanda sokong ataupun tidak sokong. Tapi beliau menyatakan cara menangani ini salah, cara menangani ini tak baik.
Kalau tanya saya, Britain 700,000 buat demonstrasi baru saja dua minggu lepas. Mereka jalan saja, lepas tu habis. Kalau tanya saya, selagi mereka tak mengganas, biarkan saja mereka buat. Bagi dua jam, selesai. Saya pun bukan menyokong mereka, tapi saya rasa patut puji juga. Tepat pukul 4.00 mereka berhenti. Betul, mereka janji dua jam, cukup dua jam begitu. Kalau pihak kerajaan tak mahu, esok 10 ataupun 11, kerajaan boleh kumpul pula lagi 50,000 dan kata tak setuju dengan permintaan mereka. Habis kes, tutup kes. Itulah macam mana mereka boleh berurusan dalam suasana demokrasi.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak