Antara Taubat dan Istighfar
Tags: ( dan, Taubat, Antara, Istighfar )
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Taubat ertinya janji kepada Allah untuk berhenti daripada melakukan dosa...

Wahai manusia, taubatlah kepada Allah. Taubat ertinya janji kepada Allah untuk berhenti daripada melakukan dosa dan berjanji kepada Allah untuk tidak mahu kembali kepada dosa lama. Istighfar bermaksud memohon daripada Allah keampunan ke atas dosa.

Yang bertaubat bererti memohon agar Allah mengampuninya. Tetapi yang beristighfar, kadangkala belum tentu dia berhenti. Dia mengucapkan “astaghfirullah” tetapi kadang-kadang dia buat juga dosa itu. Ha, dia istighfar. Kita disuruh beristighfar, pun disuruh taubat.

Allah Taala ini, tuan-tuan, mintalah kepada-Nya. Allah suka hamba-Nya meminta, hatta hilang tali kasut pun minta kepada-Nya, tak apa. Hilang duit RM2 pun minta kepada Allah. Allah Taala suka.

Iblis, dia derhaka kepada Allah tapi dia minta agar Allah tempohkan hayat dia. Allah terima permintaan dia sekalipun dia iblis. Takkan hamba Allah yang beriman kepada Allah, Allah Taala tak terima permintaan dia. Masalahnya kita tak minta kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, ataupun kita tak tahu bagaimana nak meminta daripada Allah.

Ini beberapa masalah insan. Hari itu banyak yang tanya berhubung dengan doa. Manusia ini, yang pertama, dia pandai minta apabila dia terdesak. Dan biasa juga orang yang tak reti doa, bila dia terdesak, doa dia jadi sebab apa? Sebab dia doa dengan penuh harapan, dia doa dengan penuh kesungguhan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak