Antara Sebab Islam Berkembang Pantas
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Antara Sebab Islam Berkembang Pantas

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah Subhanahuwataala,

Di antara sebab Islam berkembang pantas adalah kerana pada awalnya, Islam mempunyai jentera dan missionary yang cukup untuk melaksanakan ajaran Islam. Di samping itu, Islam adalah agama yang mudah, dan konsep ini sering diabaikan oleh ramai orang. Mereka suka menggambarkan Islam sebagai agama yang payah.

Dalam bulan Ramadan, Allah Azza wa Jalla, apabila subuh, manusia ini berpuasa dan memberikan kelonggaran kepada mereka yang bermusafir dan sakit untuk menggantikan puasa pada hari-hari yang lain. Allah menyebut, “Yuridu Allahu bikumul yusra wala yuridu bikumul ‘usra,” yang bermaksud, “Allah mahu daripada kamu kesenangan dan tidak mahu daripada kamu kesusahan.”

Dunia Islam berkembang kerana ia mudah. Islam sampai ke negeri India, tetapi tidak mengubah pakaian kurta orang India. Sebaliknya, Islam menegakkan akidah di India. Islam menyuruh orang India untuk berpegang kepada Islam walaupun akhirnya ada penyelewengan, namun mereka tetap berpegang kepada Islam. Soal bagaimana orang Islam India hendak memakai baju kurta atau apa sahaja, itu bukan perkara terpenting. Yang pentingnya adalah menutup aurat.

Islam sampai ke Cina, tetapi tidak memaksa orang Cina membuat masjid yang mempunyai kubah seperti orang Arab. Bahkan, kubah itu pun muncul pada zaman-zaman yang akhir. Pada zaman Nabi, belum ada kubah. Masjid Nabi hanyalah berbumbungkan pelepah tamar. Islam tidak menyuruh orang Cina mengubah pakaian mereka kepada jubah. Jika mereka ingin memakainya, tidak mengapa, tetapi yang penting adalah menegakkan akidah.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak