Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Dia tidak memerlukan kita, kita yang memerlukan Dia.
Hamba Allah Tweet
Yang kita kena faham, yakni selalu saya ulang, Allah Subhanahuwata’ala, Tuhan yang menurunkan agama Islam ini, tidak memerlukan kita. Segala ibadat yang kita buat, sebaik mana, secantik mana, seindah mana, segala ketaatan yang kita lakukan tidak memberikan keuntungan kepada Allah sedikit pun. Kerana Allah itu Renium Hamid, kerana Allah itu Maha Kaya lagi Maha Terpuji. Dia tidak memerlukan kita, kita yang memerlukan Dia.
Maksudnya, jika semua kita menjadi hamba Allah yang paling soleh, sesoleh hati Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, tidak menambahkan sedikit pun kebesaran kerajaan Allah Subhanahuwata’ala. Kerana Allah itu Maha Besar dan Maha Agung tanpa memerlukan kita. Jika semua kita menentang Allah, sejahat hati syaitan dan Firaun, tidak mengurangkan sedikit pun kekuatan dan kebesaran kerajaan Allah yang menguasai langit dan bumi. Bahkan, dunia ini kalau kita lihat pada ilmu ekonomi, tidak lebih daripada debuan debu sahaja dibandingkan segala galaksi yang banyak besar jutaan bilion besarnya. Allah Maha Besar, Dia tidak memerlukan kita.
Habis, kenapa Ia turunkan agama? Ia turunkan agama supaya kita membuktikan kita adalah hamba-Nya dan supaya agama itu memberikan manfaat kepada diri kita sendiri. Maka, perkara yang penting untuk kita tahu adalah sesungguhnya agama di masalah hati, ibadat agama itu untuk kepentingan hamba itu sendiri. Sembahyang kita tidak menguntungkan Tuhan, tetapi sembahyang kita memberi manfaat kepada diri kita sendiri.
Demikian juga hukum hakam jual beli, haram riba, haram minum arak, haram bunuh orang, haram perzinaan dan seumpamanya. Kesemuanya Tuhan tetapkan supaya memberikan manfaat kepada kehidupan manusia. Kita kena faham, Tuhan tak ada untung apa-apa dari kita. Maka sebab itu, perkara-perkara dalam agama, jika tiba-tiba kelihatan tidak memberikan apa-apa faedah, bahkan tiba-tiba merosakkan manusia, maka itu bukan agama.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak