Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
AJARAN SESAT | JAKIM Diarah Bertemu GISB , Dapatkan Penjelasan
Hamba Allah Tweet
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah diarahkan untuk mengadakan pertemuan dengan pihak GISB Holdings Sdn. Bhd. bagi mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan penglibatan syarikat itu dengan ajaran sesat Al-Arqam dan Norfaqa.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohamad Naim Mokhtar, menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan akidah umat Islam.
Beliau turut menyeru masyarakat untuk membuat laporan kepada polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), serta Jabatan Agama Islam Negeri sekiranya terdapat kegiatan yang boleh memesongkan akidah.
Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan bahawa laporan-laporan tersebut penting sebagai asas maklumat sokongan kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam Negeri, untuk menjalankan siasatan lanjut.
Media baru-baru ini melaporkan bahawa Datuk Mohamad Naim mengesahkan mengenai sesi libat urus dengan wakil syarikat GISB, susulan pelbagai dakwaan yang mengaitkan syarikat itu dengan ajaran sesat serta eksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma serta menjalankan perniagaan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak