Ajaran Sesat Ibu Yati: Mengapa Hanya 2 Kalimah Shahadah?
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Ajaran Sesat Ibu Yati: Mengapa Hanya 2 Kalimah Shahadah?

Pernah mengucapkan dua kalimah syahadah? Jangan kata tidak. Tanya, “So, kau mengucapkan berapa syahadah?” Dua syahadah. Kenapa kau tak tiga, tak empat, tak lima? Habis, Isa bukan rasul? Musa bukan rasul? Ibrahim bukan rasul? Kenapa kita tanya? Kita tanya, tetapi dia tak tahu.

Waktu kita susah, Datuk, ini berkaitan dengan persoalan mengenai kenapa dua kalimah syahadah sedangkan ada 25 rasul. Tetapi, Muhammad yang disebut. Silakan, Datuk. Oh, terima kasih.

Sebenarnya, saya hairan bagaimana sebagai seorang yang membesar dalam Islam, dia terlepas untuk memahami perkara yang paling asas. Kenapa kita menyebut Muhammad Rasulullah? Ini kerana Muhammad, Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, adalah rasul yang diutuskan kepada kita. Melalui nabi ini, yang menjadi wakil Allah Subhanahu Wa Ta’ala, kita dapat mengetahui semua hal yang lain, termasuk nabi-nabi yang lain. Maka, nabi ini adalah kuncinya.

Jadi, kita nak mengetahui tentang Musa melalui siapa? Melalui Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Tentang Isa? Melalui Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Dengan itu, kuncinya ialah mengakui Muhammad sebagai Rasulullah. Dengan memasuki pengakuan bahawa Muhammad itu Rasulullah, segala yang dibawa oleh Muhammad, iaitu al-Quran dan sunnah-sunnah baginda, akan menghabarkan berita-berita yang lain, termasuk para nabi yang lain. Bererti, kita mempercayainya kerana kita mempercayai Muhammad itu Rasulullah.

Sebab itu, asas yang pertama ialah kita perlu mempercayai Muhammad itu Rasulullah, iaitu nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Jika kita kata Isa adalah Rasulullah, itu benar. Tetapi bagaimana kita mengetahui tentang Isa? Mesti melalui jalan al-Quran. Bagaimana kita mengakui al-Quran? Mesti mengakui kerosulan Nabi Muhammad, kerana dia adalah rasul wakil Allah yang dihantar kepada kita.

Sebab itu, kita menyebut, “Ashadu an la ilaha illallah, wa ashhadu anna Muhammadur Rasulullah.” Dengan mengakui Muhammad sebagai Rasulullah, ia menjadi pintu untuk kita mengakui semua khabar yang dibawa oleh Nabi Muhammad tentang rasul-rasul yang lain. Ini adalah perkara asas untuk kita faham.

Ertinya, jika sekiranya dia mengakui Musa sebagai Rasulullah, itu benar, memang Musa adalah Rasulullah. Tetapi Taurat tidak memberitahu tentang Isa, dan tidak memberitahu tentang Nabi Muhammad secara keseluruhan dalam pendidikan ajarannya. Dengan itu, dengan mengakui Muhammad, bererti kita juga mengakui semua para nabi yang lain.

Sebab itu, Taurat itu sendiri tidak ada yang asli di sisi kita. Yang ada ialah al-Quran yang asli. Sebab itu, kita mengakui Muhammad adalah Rasulullah. Ini adalah asas untuk kita faham. Dia telah salah faham dalam konsep ini, seolah-olah bila disebut Muhammad Rasulullah, nabi lain kita tak akui. Itu adalah kunci kita kepada semua para nabi yang lain.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak