Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Kita kata, tak ada suruhan. Yang ada, Allah dan Nabi suruh tutup aib.
Hamba Allah Tweet
Maka Allah Ta’ala membentangkan tangannya pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang buat dosa pada waktu siang.
Tuan-tuan, ada orang tanya kita baru ni dalam radio, orang tanya kalau kita kahwin, perlukah kita cerita pada pasangan kita semua cerita-cerita sejarah buruk kita hari tu supaya nak jadi pasangan yang kasih dan setia. Kita kata, tak ada suruhan. Yang ada, Allah dan Nabi suruh tutup aib.
Man satara musliman, sataraullahu yaumal kiamat. Siapa yang tutup aib orang Muslim, Tuhan tutup aib dia pada hari kiamat kelak. Tutup orang Muslim tu bukan orangnya dia pun sendiri. Muslim tutup diri dia. Jangan jadi macam setengah orang, dia syok duk pi cerita, dia kata aku dululah cerita bangga kejahatan dia. Dak, tutup orang tak dan.
Kita pun, awak boleh tak cerita sejarah yang mana kerja-kerja tak elok awak sebelum nikah dengan saya ni? Kita kata, Allah Ta’ala semua orang ada kelemahan belaka, dan Tuhan suruh kami tutup dia. Cerita pi, saya pun tak elok. Kita serupa je. Dak, dak, dak, dak, kita tak cerita, melainkan lil iktibar, lil Ibrahim, untuk satu pengajaran. Dia kata kat anak kita, ayah dulu pernah terlibatlah benda ni, tu lah yang menyebabkan jadi macam ni keadaan. Jangan kamu terlibat. Ha, tu tak apa, satu nasihat kepada dia.
Lain daripada tu, kita tutup aib. Bukan kita tutup aib kita, kita disuruh tutup aib orang lain. Setengah orang tengok, oi dia mai masjid elak ni long. Allah, dia tu dulu dia teruk. Hang tahu cerita dia? Ada orang perangai hodoh, perangai dia buat seolah-olah manusia ni tak ada peluang untuk keampunan. Allah Ta’ala bentangkan ruang untuk insan bertaubat siang dan malam.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak