Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Adakah meletakkan sifat Allah Subhanahu Wa Ta'ala itu hanya 20 sahaja bertentangan dengan Nas?
Hamba Allah Tweet
Adakah meletakkan sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu hanya 20 sahaja bertentangan dengan Nas al-Quran dan Sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam?
Ahli-ahli perbahasan ilmu tauhid dalam sejarahnya, mereka semua orang nak mentauhidkan Allah.
Namun, apabila zaman berkembang, kadangkala orang Islam menghadapi berbagai keadaan. Sebahagian keadaan kadangkala disebabkan oleh perbezaan dalam masalah lain, kemudian membawa kepada masalah lain, membentuk menjadi mazhab, dan mazhab itu cuba berdiri dengan sendirinya. Lalu, mereka membentuk pemikiran-pemikiran tauhid atau pendekatan-pendekatan tauhid yang tersendiri.
Seperti Syiah umpamanya, Syiah adalah mazhab politik tetapi apabila mereka bersaing, akhirnya mereka telah membentuk menjadi satu mazhab sehingga membabitkan masalah akidah. Asalnya mereka daripada masalah imamah, masalah imam. Kemudian, akhirnya mereka bertukar kepada menjadikan sehingga membincangkan masalah uluhiah atau ilahiyah, masalah ketauhidan, dan nubuah serta seumpamanya.
Kemudian, dunia Islam berkembang dengan masuknya terjemahan-terjemahan daripada buku-buku Greek dan Yunan. Sekali lagi, dunia Islam tercabar dengan pemikiran falsafah ketika itu, membawa kepada berbagai krisis sehingga Imam Ahmad dihukum kerana muktazilah masuk dalam dunia orang Islam. Lalu, dalam menghadapi muktazilah, reaksi untuk hadapi muktazilah itu berkembang pula aliran-aliran lain, termasuklah Asyairah, Maturidiah, dan seumpamanya.
Sebahagian mereka adalah jelmaan daripada Ahli Sunnah itu sendiri. Sebahagian mereka membina beberapa pendekatan baru. Umpamanya, dalam mazhab Asyairah, ada beberapa hal yang dijadikan sebagai asas. Contohnya, sifat hayat, sifat ibadat, sifat kalam, basor, Samar, dan sebagainya. Sifat-sifat ini dijadikan asas kemudian berkembang menjadi 13, kemudian berkembang menjadi 20 atas perbahasan.
Kita katakan semua sifat yang sempurna ialah sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Bagi nama-nama Allah, Azzawajal bagi nama Allah ada 99 nama. Padanya ada sifat-sifat Allah. Sifat lebih luas daripada nama kerana nama tak boleh kita bagi melainkan ada petunjuk wahyu. Umpamanya, Allah Ta’ala itu berkata-kata. Allah Ta’ala berkata kepada Rasulullah Musa, Allah Ta’ala bercakap dengan Musa, Dia berkata-kata. Tetapi kita tak boleh nak namakan Tuhan Al-Muttaqallim, Tuhan nama Dia yang berkata-kata, kerana nabi tak sebut nama itu.
Jadi, nak bubuh nama Tuhan mesti berdasarkan kepada dalil. Tapi bagi nama Tuhan Ar-Rahman, Ar-Rahim, semua itu ada sifat-sifat Tuhan belaka, melebihi daripada 20 itu. Bahkan, yang 7 asas itu mereka kembangkan dengan beberapa asas sebenarnya. Namun begitu, segala yang sempurna itu sifat Allah Azzawajala tidaklah terikat hanya kepada 20 itu sahaja.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak