Adakah Ada Hadith Untuk Solat Dirumah Melainkan Solat Fardhu
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Adakah terdapat hadis yang menyuruh kita melakukan solat di rumah kecuali solat fardu?

Adakah terdapat hadis yang menyuruh kita melakukan solat di rumah kecuali solat fardu? Saya juga ada mendengar, tuan-tuan fikir apa boleh lagi ya? Ha, yang demam cakap boleh lagi, yang tunggu duk bawah.

Saya juga ada mendengar hadis yang mengatakan apabila selesai solat Subuh, beriktikaflah di masjid dan apabila naik matahari, kerjakanlah apa-apa kerja.

Okey, ada hadis Nabi yang melarang kita daripada menjadikan rumah kita sebagai kubur. Nabi menyuruh kita solat di rumah, jadi kita sepatutnya memperuntukkan solat sunat di rumah.

Sebenarnya, setiap orang patut ada tempat yang khas di rumahnya untuk dia solat. Macam, kadang-kadang tanda tempat itu, sebahagian para ulama menyebutnya sebagai musala ataupun masjid rumah, atau musala rumah kita. Kita tengok dalam hadis Anas, bila Nabi ziarah sahabat, sahabat akan tunjuk tempat yang selalu dia sembahyang, dan Nabi akan sembahyang di situ sebab sahabat pun akan sembahyang di situ.

Jadi, rumah kita patutnya ada satu tempat yang khas untuk kita solat di situ. Bukan solat di sana sini, anak kencing sini, solat sana pula. Tak salah, tapi ini tanda kita ikhtiar untuk sesuatu yang besar, iaitu solat. Maka, kita tahu ruang ini adalah ruang solat kita. Bukan bermaksud bila ruang solat, orang tak boleh duduk, tapi bila kita nak solat, kita duduk di situ, dan kita akan rasa satu perasaan yang berbeza. InsyaAllah, kita akan tahu bila tempat itu memang tempat kita solat.

Bila kita pergi solat di tempat itu, kita akan rasa kelainan kerana kita sudah niatkan tempat itu untuk solat. Tak percaya? Tuan-tuan sendiri alami benda ini. Ha, tempat itu memang tempat yang kita spesifikkan untuk kita solat dalam rumah kita.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak