Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Bukankah ada pandangan salah yang menghukum bunuh orang yang meninggalkan solat dan telah kafir kerana meninggalkan amalan solat?
Hamba Allah Tweet
Pendapat yang mengkafirkan orang yang meninggalkan solat seperti dalam mazhab Imam Ahmad dan juga dipakai oleh ulama-ulama Saudi sekarang, bagi saya ialah pendapat yang marjuh, pendapat yang tak kuat. Yang sahih, orang yang meninggalkan solat melakukan dosa yang amat besar tetapi tidak kafir. Kalau nak dikatakan kufur asghar seperti mana sebahagian perbahasan di kalangan para fuqaha, adakah boleh dinamakan dengan kufur kecil? Mungkin. Tapi kufur yang mengeluarkan seseorang daripada agama, ia tidak termasuk dalam kufur yang keluar daripada agama.
Al-Albani, walaupun banyak pandangannya sama dengan aliran Salafi, tetapi dia sendiri menulis tentang bahawa orang yang meninggalkan solat tidak keluar daripada agama.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak