Ada Negeri Melarang Penggunaan Kitab Imam Zahabi
Play Video

Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Kita melihat ada negeri yang mengharamkan buku Al-Imam Al-Zahabi rahimahullah

Yang ada ialah kita melihat ada negeri yang mengharamkan buku Al-Imam Al-Zahabi rahimahullah, sedangkan Imam Al-Zahabi ialah imam yang penting dalam ilmu hadis. Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani, yang semua orang baca kitabnya Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari dan Bulughul Maram, semasa dia meminum air zamzam, niat awalnya adalah supaya ilmunya seperti ilmu Al-Zahabi rahimahullah.

Di Malaysia, ada orang yang berkata dia ahli sunnah, namun mengharamkan buku Al-Imam Al-Zahabi dengan alasan sesat. Mereka tidak pula mengatakan bahawa mereka ini menghina ulama. Mereka mengkafirkan Ibnu Taimiyah, mengkafirkan Ibnu Qayyim, bukan saja manusia-manusia daripada golongan tertentu, tetapi juga yang lain. Mereka tidak berkata bahawa geng-geng sunnah ini memfitnah dengan nama Wahabi dan seumpamanya. Mereka mengkafirkan Imam Ghazali dan menghina Imam Ghazali.

Kita tanya mereka, orang-orang yang mereka maksudkan siapa dan di mana perkataan yang mengkafirkan dan menghina Al-Imam Ghazali? Menyatakan Imam Ghazali bodoh dan seumpamanya di mana? Khayalan mereka saja yang disumbatkan dalam pemikiran pengikut-pengikut mereka yang tak tahu apa-apa. Lalu pengikut mereka berkata geng-geng itu menghina ulama, dan mereka pun tak tahu siapa ulama yang dihina, di mana yang dihina, tulisan yang dihina, dan di mana ceramah yang menghina.

Padahal, mereka yang melakukannya. Kita tak belajar begitu di sini. Kita belajar ilmu, kita belajar menghormati para ulama. Tetapi ulama ramai ijtihadnya berbeza. Kalau kita berbeza dengan imam, tidaklah bererti kita menghinanya.

Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak