Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Ada Buku Mazhab Sebut Bid'ah Hasanah
Hamba Allah Tweet
Tuan-tuan, bila kita rujuk, kita tengok ada buku yang menyebut tentang bidaah. Ada buku mazhab yang menyebut bidaah hasanah. Imam Syafi’i sendiri menyebut bidaah mahmudah, bidaah yang dipuji. Imam Sayuti, Imam Nawawi, Imam al-Aish Abdul Salam juga sebut perkataan bidaah hasanah. Sebab itu setengah orang yang duk ceramah kata puak-puak ini tak reti, tak pernah baca kitab, tak jumpa perkataan bidaah hasanah. Kita kata, alhamdulillah, dalam tak reti kita pun, kita jumpalah semua tempat yang depa kata tu.
Hari ini kita nak bahas, tengok tempat yang depa kata tu, apa maksud dia. Sebelum saya bahas, saya akan buat kesimpulan awal kepada tuan-tuan. Maksud dia ialah kita ni pi ambil cap depa tu pi pelekat kat barang lain. Botol kicap kita pi ambil cap sos tomato tu kita pelekat, sedangkan kawan ni pelekat tomato tu di botol tomato, dia tak pelekat di botol kicap. Kita ni pi regu bidaah hasanah ni di tempat yang depa tak kata bidaah hasanah. Nanti kita akan tengok macam mana.
Tuan-tuan tengok muka surat 24. Berkata Ibnu Rejab al-Hambali, ni Ibnu Rejab al-Hambali ni, kata dalam buku dia *Jamal al-Ulum wal-Hikam*, dia kata: “As-Syafi’i berkata, yakni al-Imam Syafi’i rahimahullahu Taala, imam yang besar, imam yang mulia, bidaah itu ada dua jenis, bidaah mahmudah dan bidaah mazmubah, yakni dipuji dan dikeji. Apa yang menepati sunnah maka ia dipuji, apa yang menyanggahi sunnah maka ia dikeji.”
Ibnu Rejab teruskan lagi: “Maksud As-Syafi’i rahimahullah ialah seperti yang kita sebutkan sebelum ini, bahawa bidaah mazmumah ialah apa yang tiada asal dari syariah untuk dirujuk kepadanya. Inilah bidaah pada istilah syarak. Adapun bidaah mahmudah ialah apa yang bertepatan dengan sunnah, iaitu apa yang ada baginya asal untuk dirujuk. Ini adalah bidaah dari segi bahasa, bukan dari segi syarak kerana ia menepati sunnah.”
Jadi, bidaah yang Imam Syafi’i kata ni ialah bidaah di segi bahasa kerana dari segi bahasa, benda yang baru tu bidaah, tapi bukan dari segi syarak. Kata al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, ni orang mazhab Syafi’i juga, orang yang mensyarahkan Sahih Bukhari, dia kata: “Maka bidaah pada tafsiran syarak adalah keji. Ini berbeza dengan maksud bidaah di segi bahasa, di mana setiap yang diada-adakan tanpa sebarang contoh dinamakan bidaah, sama ada dipuji ataupun dikeji.”
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak