Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Abu Bakar Tidak Tahu Semua Hadith
Hamba Allah Tweet
Untuk itu, apabila Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam wafat, ada perkara yang orang yang hebat seperti Abu Bakar tidak tahu. Antara yang menjadi contoh yang masyhur yang dibuat oleh para fuqaha ialah pembahagian 1/6 harta pusaka untuk nenek, yang mana Abu Bakar Siddiq tidak tahu berapa pembahagiannya sehingga dia diberitahu oleh Muhammad bin Muslimat.
Kerana dia tahu, kata Ibnu Taimiyah Rahimahullah dalam menghuraikan masalah ini dalam kitabnya *Raf’ al-Malam ‘an al-A’immat al-A’lam*, kata dia, kalaulah orang yang sebesar dan sehebat Abu Bakar ada juga hadis yang terlepas daripadanya, tidak mustahillah untuk orang-orang alim lain juga ada hadis yang mereka tidak tahu.
Umar bin Khattab dalam riwayatnya menganggap kalau orang itu berjunub dan nak kena tayamum, dia kena bergolek atas pasir. Walaupun Amar memberitahu riwayat itu kepada Umar, pada awalnya Umar tidak menerima riwayat Amar. Dia sangka Amar salah faham.
Ibnu Taimiyah menyebut perkara ini.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
10 Pembaca Terbanyak