SEDIKIT MAKLUMAT TENTANG KAMI

Wadah ini mula dibina pada bulan Januari 2024. Semoga Allah SWT redha.

Apa yang kami tulis?

Terdapat 4 halaman utama yang wujud pada wadah ini:

  1. Soal Jawab: Mengumpulkan soal jawab ringkas dari kalangan Asatizah nusantara.
  2. Kajian Tematik: Mengumpulkan kajian-kajian bertema dari kalangan Asatizah nusantara.
  3. Dialog Perbahasan: Mengumpulkan dialog-dialog perbahasan samada perdebatan, podcast dan seumpamanya dari kalangan Asatizah nusantara.
  4. Bedah Kitab: Mengumpulkan syarah-syarah kitab dari kalangan Asatizah nusantara.

Setiap penulisan pada halaman tersebut adalah hasil daripada transkrip video-video asatizah mengikut kategori yang telah kami tetapkan.

Kepada siapa kami menulis?

Wadah ini disediakan kepada mereka yang baru mula mendalami agama, sedang mendalami agama dan bersungguh-sungguh dalam mendalami agama. Ringkasnya, wadah ini disediakan kepada semua.

Hanya saja 2 aliran ASWJ tidak dipisahkan dalam wadah ini yakni Asya’riyyah dan Salafiyyah. 

Untuk membezakan keduanya, kami meletakkan huruf (S) untuk Salafiyyah dan (A) untuk Asy’ariyyah di sebelah nama Asatizah supaya pengguna dapat melihat, meniliti dan membezakan hujjah kedua-dua aliran.

Kenapa kami menulis?

Kami menulis pada wadah ini adalah kerana ingin:

  1. Mengumpulkan pandangan-pandangan sarjana mengikut isu tertentu.
  2. Memudahkan Penuntut Ilmu mencari sumber perbahasan berkaitan isu tertentu.
  3. Menghilangkan sifat jumud dan ta’asub pemikiran aliran tertentu.
  4. Memudahkan pendakwah bersedia untuk menyampaikan dakwah.
  5. Memudahkan pendakwah menyemak semula apa yang telah disampaikan kepada umum.
  6. Memudahkan pengkaji mencari perbahasan tertentu untuk dikritik mengikut kesesuaian.
  7. Membolehkan masyarakat membezakan antara hujjah yang kuat dan lemah.
  8. Menghilangkan fitnah yang sedang berlaku antara kedua-dua aliran.
  9. Menggalakkan pengguna melihat dan meneliti hujah dari kalangan sarjana.
  10. Dan lain-lain.
 
AHLI KAMI

Buat masa ini, yang mengolah wadah ini hanya seorang sahaja. Hanya saja kami menggunakan perkataan ‘kami’ sebagai ‘saya’ untuk kesesuaian tema kami.

Namun sekarang, kami sedang mencari ahli yang berkelayakan untuk sama-sama membangunkan wadah ini supaya ianya menjadi tempat rujukan di sekitar nusantara suatu masa nanti in sya Allah. Amin ya Rabb.

Untuk mencapai tujuan ini, kami sedang mengumpulkan sumbangan infaq dari pengguna seperti yang telah kami nyatakan di halaman ‘Sumbangan Infaq’.

Berikut adalah beberapa ahli yang dapat kami fikir setakat ini berdasarkan apa yang telah dilakukan sendiri:

Editor
  • Mengolah penulisan yang sedia ada dengan mentakhrij dalil-dalil yang dinyatakan asatizah.
  • Menyemak penulisan sedia ada supaya sama dan tiada perubahan dari apa yang disampaikan oleh asatizah.
  • Menyusun penulisan dalam bentuk PDF untuk dijual.
SEO Manager
  • Menguruskan SEO wadah ini.
Marketer
  • Menguruskan media sosial wadah ini.
  • Mengenal pasti isu semasa yang boleh dijadikan asas penulisan.
 
SUMBER PENULISAN KAMI

Setiap transkrip penulisan yang kami usahakan adalah bersumberkan dari video-video asatizah yang kami dapatkan dari Youtube, Facebook dan Media Sosial yang tersebar luas.

Semoga asatizah yang kami ambil manfaat darinya akan mengalir pahalanya sehingga ke hari kiamat. Amin ya Rabb.

Namun sekiranya terdapat asatizah yang tidak mahu kami membuat penulisan transkrip video mereka, sila rujuk kami melalui halaman ‘Hubungi Kami’ untuk kami buang dan hapus segala penulisan transkrip asatizah berkaitan yang telah kami usahakan.

 
ASATIZAH KAMI

Seperti diketahui umum, terdapat 2 aliran utama yang sering berbahas di sekitar nusantara ini. Kami cuba bahagikan asatizah kepada 2 aliran utama ASWJ di nusantara ini supaya pengguna dapat melihat perbezaan pandangan yang wujud dan kenapa wujudnya perbezaan pandangan tersebut.

Pembahagian ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Salafiyyah (S)
  1. Dr. Firanda Andirja
  2. Dr. Maza
  3. Dr. Rozaimi
Asy’ariyyah (A)
  1. Ustaz Azhar Idrus
  2. Ustaz Wadi Anuar
  3. Ustaz Auni

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

Simpanan

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

Paparan Lepas

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak