Terma dan Persetujuan
PENGGUNA

Terdapat beberapa pengguna pada wadah ini:

Guest

Mereka yang baru mula menuntut ilmu, mendalami agama dan mengenali Islam. Mereka hanya boleh:

  • Membaca Penulisan Soal Jawab
Subscriber (login guest)

Mereka yang sudah mula menunjukkan minat dalam menuntut ilmu. Mereka hanya boleh:

  • Membaca Penulisan Soal Jawab
  • Mengumpul Points Pembacaan
  • Redeem Points Pembacaan
  • Menyimpan Penulisan
  • Membeli Penulisan
Penyumbang Infaq (VIP)

Mereka yang sudah mula bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu, sanggup berbelanja untuk mendapatkan ilmu yang diinginkan. Mereka boleh akses semua perkara yang wujud untuk pengguna di dalam wadah ini.

  • Membaca Penulisan Soal Jawab
  • Membaca Penulisan Kajian Tematik
  • Membaca Penulisan Bedah Kitab
  • Membaca Penulisan Dialog Perbahasan
  • Mengumpul Points Pembacaan
  • Redeem Points Pembacaan
  • Menyimpan Penulisan
  • Membeli Penulisan
  • Memberi Sumbangsaran dan Cadangan

Buat masa ini, kami hadkan akses pengguna kerana kami masih di awal pembinaan organisasi dan kami memerlukan sumbangan untuk pengurusan organisasi kami. In Sya Allah setiap pengguna akan dapat mengakses wadah ini tanpa had di masa akan datang.

 
POINTS

Wadah ini berasaskan Points. Ianya tiada lain melainkan untuk pengguna melihat jumlah pembacaan yang telah dilakukan dan pengguna boleh mengumpul points untuk diredeem sebagai hadiah kerana telah banyak membaca.

Points
  • Setiap pembacaan akan memberikan 1 Point
  • Anda boleh membaca sebanyak mungkin untuk mendapatkan points.
  • Setiap pembacaan hanya akan memberikan 1 point sahaja setiap hari. Jadi, penulisan yang sama tidak memberikan point tambahan kecuali pada hari seterusnya.
  • Permulaan hari bagi wadah ini adalah pada jam 12:00pm.
  • Anda boleh Redeem Points di sini: ✅ SINI ✅
 
REDEEM POINTS

Pengguna boleh redeem points yang dikumpul hasil pembacaan yang dilakukan. Ianya tiada lain hanyalah sebagai galakan dan hadiah kepada pengguna yang telah banyak membaca.

Pengguna boleh redeem points yang dikumpul kepada perkara-perkara berikut:

Cash
  • Cash boleh ditransfer melalui QR Code
  • Ini boleh dilakukan oleh pengguna yang menggunakan QR Code Duitnow, QRIS, NETSPAY dan PROMTPAY
  • Redeem tersebut akan diproses setelah semakan dibuat.
Phone Reload
  • Phone Reload hanya untuk pengguna Malaysia sahaja.
  • Ianya tidak terhad kepada mana-mana telko yang digunakan.
Gift Card
  • Pengguna juga boleh redeem points kepada Google Play Gift Card dan Netflix Gift Card.
Paypal dan Bitcoin
  • Bagi pengguna yang tiada akaun di atas, points boleh di redeem kepada bitcoin.
 
SUMBANGAN PENUNTUT ILMU

Terdapat beberapa cara pengguna boleh menyalurkan sumbangan kepada kami iaitu dengan:

Sumbangan Infaq

Sumbangan Infaq ini adalah atas dasar keikhlasan dan kemampuan pengguna sendiri. Tiada paksaan dalam sumbangan yang diberikan. Secara umumnya, sumbangan yang diberi akan digunakan dalam:

  1. Pembinaan Organisasi Penuntut Ilmu
  2. Pengurusan dan Pentadbiran Organisasi Penuntut Ilmu
  3. Perlaksanaan Organisasi Penuntut Ilmu
  4. Pembinaan Wadah Penuntut Ilmu
  5. Pengurusan dan Pentadbiran Wadah Penuntut Ilmu
  6. Perlaksanaan Wadah Penuntut Ilmu
  7. Perancangan Aktiviti Dakwah
  8. Pengurusan dan Pentadbiran Aktiviti Dakwah
  9. Perlaksanaan Aktiviti Dakwah

Tiada hitam putih yang kami sediakan kerana setiap sumbangan hanya atas dasar ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah semata.

Sekiranya wadah ini memberi manfaat kepada pengguna, sedikit sumbangan sangat kami hargai untuk meningkatkan motivasi kami serta mencapai tujuan-tujuan yang telah kami nyatakan di atas.

Pengguna boleh membuat sumbangan di halaman ‘Sumbangan Infaq’

Pembelian Penulisan Transkrip
  • Pembelian Penulisan Transkrip ini antara sumber wadah ini untuk mencapai tujuan yang dinyatakan.
  • Pembelian Penulisan boleh dibuat di setiap penulisan pada halaman Kajian Tematik, Dialog Perbahasan dan Bedah Kitab.
  • Setiap penulisan yang wujud dan telah siap diolah dalam halaman ini boleh dibeli kecuali pada halaman Soal Jawab.
  • Sekiranya penulisan telah siap diolah, akan ada button ‘Beli Penulisan Ini‘ di bahagian bawah penulisan.
Pembelian E-Books
  • Pembelian E-Books ini juga antara sumber wadah ini untuk mencapai tujuan yang telah dinyatakan.
  • Pengguna boleh membeli E-Books yang telah tersedia di halaman kedai kami.
  • E-Books yang tersedia di halaman ini adalah koleksi E-Books yang kami dapatkan secara percuma di merata-rata halaman maya yang lain.
  • Hanya saja kami kumpul dan susun mengikut kesesuaian untuk menambah sedikit sumber wadah ini.

Pengguna yang menyumbang bersetuju untuk:

  1. Kami menggunakan duit sumbangan tersebut untuk mencapai tujuan-tujuan yang telah dinyatakan di atas.
  2. Penyumbang Infaq akan menyumbang secara automatik setiap bulan berdasarkan pilihan pengguna sendiri. Namun, pengguna boleh ‘cancel’ sumbangan bulanan tersebut melalui akaun sendiri secara manual sendiri atau menghubungi kami.
  3. Penyumbang Infaq juga akan dinaiktaraf akaun mereka daripada ‘subscriber’ kepada ‘penuntut ilmu (VIP)’ secara automatik.
  4. Penyumbang Infaq yang ‘cancel’ akan kembali ke akaun ‘subscriber’ secara automatik walaupun dia ‘cancel’ sebelum cukup sebulan. Namun, boleh kembali ke akaun ‘penuntut ilmu (VIP)’ semula dengan menekan button ‘reactivate’ tanpa charge baharu dikenakan.

 

REFUND PEMBELIAN

Buat masa ini, setiap sumbangan dan produk yang wujud dalam wadah ini adalah bersifat digital sahaja dan bukannya produk fizikal. Setiap pembelian dan sumbangan yang dilakukan boleh disemak dan dimuat turun di halaman akaun pengguna masing-masing.

Maka, refund untuk produk digital tidak dilakukan di dalam wadah ini.

Menu Utama

Penuntut

SoalJawab

Tematik

Dialog

VIP

Kitab

Akaun

TnC

Hubungi

Tentang

Digimart

SIMPANAN

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

PAPARAN LEPAS

SoalJawab

VIP

Tematik

VIP

Dialog

VIP

Kitab

10 Pembaca Terbanyak