Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, sila rujuk video asal untuk semakan.
Salah Guna Kuasa: Sekat Hujah Kebenaran?
Hamba Allah Tweet
Bila mereka sudah kalah dalam hujah, mereka cenderung untuk menggunakan kuasa. Apabila menghadapi keadaan ini, mereka akan menggunakan segala apa yang ada untuk menyekat dan menghalang. Contohnya, seperti yang terjadi kepada Nabi Nuh. Kaum Nabi Nuh mengeluarkan kata-kata bahawa jika Nuh tidak berhenti daripada berdakwah, mereka akan menghukumnya dan menghalangnya dengan segala cara.
Kaum Nabi Nuh berkata, “Jika kau tidak berhenti daripada dakwah ini, wahai Nuh, kami akan merajam kamu.” Ini menunjukkan bahawa mereka tidak dapat melawan hujah Nabi Nuh dengan cara yang rasional, jadi mereka bertindak secara fizikal. Mereka menggunakan kuasa yang mereka ada untuk menakut-nakutkan Nabi Nuh dan menggagalkan misinya.
Kadang-kadang, kita juga berhadapan dengan situasi yang serupa. Kita berdialog dan berbahas dengan menggunakan hujah-hujah, tetapi kebanyakan hujah yang kita gunakan berasaskan kepada mazhab Syafie. Dalam banyak keadaan, orang-orang yang kita hadapi, walaupun mengaku mengikut mazhab Syafie, tetap tidak dapat menerima hujah kita.
Apabila mereka tidak mampu menjawab atau menafikan apa yang kita lontarkan, mereka akan resort kepada penggunaan kuasa untuk menyekat kita. Mereka tidak memberi peluang untuk kita berdialog dan berbahas. Ini adalah amalan yang sering digunakan oleh golongan jahiliah. Oleh itu, penting untuk kita terus berpegang kepada hujah yang benar dan berusaha untuk memperjelaskan perkara yang hak kepada orang lain.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!