Sekiranya ada kesilapan pada transkrip, anda boleh rujuk video ini untuk semakan.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!
Syarahan Kitab Matan Ummul Barahin oleh:
TG Ahmad Rozaini (9 Februari 2021)
https://youtu.be/9gkT-HOJ3yc?si=A3wkpIEU-exruNqX
Ditranskrip dan Diolah oleh:
Mohammad Saiful bin Abdul Samat
Sarjana Pendidikan (Pendidikan Islam), Universiti Kebangsaan Malaysia
Guru Pendidikan Islam, SMK Kota Samarahan
Alhamdulillahirabbil Alamin.
Was Solatu Wassalam Ala Asyrafil Ambiyai Wal Mursalin Wa Ala Alihi Wa Ashabihi Wa Azwajihi Wa Zuriyatihi Wa Atba’ihi Ajma’in.
Subhanaka la Ilma lana Illa Maa Allamtana Innaka Antal Aliimul Hakim.
La Haula Wa La Quwwata Illa Billahil Aliyyul Azim.
Rabbisyrahli Sadri Wa Yassirli Amri Wahlul Uqdatam Min Lisaani Yafqahu Qauli.
Allahummaftah Alaina Bifutuuhil Aarifin. Allahummaj’alna Minallaziina Yastami’uunal Qoula Baita Yabi’uuna Ahsanah.
Allahumma Allimna Min Maa Jahilna, Wanfa’na Bima Allamtana, Wa Azidna Ilman Naafi’a Ya Rabbal Alamin.
…
Wa Ba’duh.
…
Alhamdulillah, Allah Subhanahuwataala limpah kurnia dan anugerah-Nya semata-mata masih memberikan kepada kita kelangsungan hayat hingga ke saat ini. Alhamdulillah, Dialah bagi kita Islam, dengan limpah kurnia-Nya, dengan dilahirkan kita dari mak ayah kita sebagai Muslim, maka Islamlah kita. Alhamdulillah dengan Islam yang diberi, dijadikan kita mudah untuk taat dan jauhkan maksiat.
Alhamdulillah, diberi lagi kepada kita taufik hidayah untuk belajar memahami perjalanan Islam, perjalanan iman, perjalanan ihsan, takwa, dan tauhid. Bagaimana dibukakan pintu hati kita untuk menuntut ilmu dan belajar berkenaan ajaran agama kita. Alhamdulillah, syukur pada Allah Subhanahuwataala yang memberi kepada kita bermacam-macam lagi nikmat yang tak terhitung besar. Antara nikmat yang paling besar adalah dijadikan kita umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, yang merupakan sebaik-baik makhluk. Dengan itu, kita menjadi umat bagi sebaik-baik makhluk.
Alhamdulillah. Dengan kita menjadi umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, diberikan kepada kita begitu banyak kelebihan yang tidak diberikan pada umat-umat dahulu. Walaupun umur umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam ini pendek, namun melimpah kurnia Allah Ta’ala yang diberikan kepada kita, seolah-olah umur kita panjang. Dengan digandakan ibadat kita, dengan sebab kemuliaan yang ada pada Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Alhamdulillah, syukur diberi pada kita pagi ini untuk hadir solat subuh berjemaah, dan boleh, insyaAllah, kita akan meneruskan bacaan kitab kita pagi ini. Kita akan mula kitab baru, iaitu Matan Ummul Ibrahim yang menceritakan tentang bab akidah.
Sebelum kita mula, kita baca surah Fatihah sekali, dan hadiahkan kepada Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam serta kepada semua kaum Muslimin dan Muslimat. Begitu juga hadiahkan kepada pengarang kitab ini, Imam as-Sanusi, yang terkenal dengan gelarannya al-Imam, kunniyah Abu Abdillah, nama beliau Muhammad bin Yusuf, gelarannya as-Sanusi al-Hasani rahimahullah. Dipanggil Sanusi sebagai nama tempat kampung beliau. al-Hasani ini menunjukkan bahawa beliau merupakan keturunan Saidina Hussein rahmatullah alaih. Kita juga hadiahkan kepada penterjemah kitab ini, Abdul Ghani Jabal Marqiy, yang telah berusaha untuk menerjemahkannya.
Kita mohon kepada Allah Ta’ala agar dipermudahkan perjalanan kita dalam membaca kitab ini dari awal hingga akhir, dan semoga dengan membaca kitab ini, kita dapat memperoleh taufik dan hidayah dari Allah Ta’ala. Kita mohon agar dapat memahami isi kandungannya, terutama berkaitan dengan bab akidah, supaya akidah kita benar-benar hidup dalam hati dan sanubari kita. Dengan itu, kita dapat memiliki keyakinan yang benar kepada Allah Ta’ala dan kepada Nabi kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.
Dengan demikian, hidup kita akan menjadi lebih bermakna, dan kita dapat menyiapkan diri untuk kembali ke alam yang kekal abadi. Mudah-mudahan, iman kita dapat selamatkan kita, kehidupan di dunia ini dan di akhirat kelak. InsyaAllah.
al-Fatihah…
Kitab ini, kerana ringkasnya, akan kita baca sedikit demi sedikit. Di pondok, anak-anak pondok sering menghafal Matan ini sebagai asas ilmu. Antara kitab yang wajib dihafal, kitab ini wajib dihafal oleh mereka yang belajar di pondok. Kitab Jurumiyyah, lepas Nahu Sorf untuk jadi asas ilmu. Ini antara kitab yang wajib dihafal. Sambil-sambil buat kerja buat sembang matan Ummul Barahin.
Di sini juga, kita akan teruskan usaha ini. InsyaAllah, kita akan teruskan bacaan Matan ini dan semoga ia memberi manfaat yang besar kepada kita semua.
Baca sikitlah:
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi Wassolaatu Wassalaamu Ala Rasulullahi. I’lamu Annal Hukmal Aqliyyah Yanhathiru fi Thalathati Aqsaamin. al-Wujuubu. wal Istihaalatu. wal Jawaazu.
Boleh dengan baris bawah juga. al-Wujuubi. wal Istihaalati. wal Jawaazi. Fal Waajibu Maa Yutasawwaru Fil Aqli Adamuhu. Wal Mustahiilu Ma Laa Yutasawwaru Fil Aqli Wujuuduhu. Wal Jaaizu Maa Yasihhu Fil Aqli Wujuuduhu Wa Adamuhu.
Baik, kitab kita dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim. Mula dengan nama Allah. Ya Allah, ini adalah Ar-Rahman, Allah juga adalah Ar-Rahim. Dalam bahasa lain, kitab ini dimulakan dengan nama Allah. Sebut nama Allah, maksudnya Allah, zat Allah.
Tak dikehendaki sebut nama melainkan maksud daripada nama itu adalah musamma, nama yang merujuk kepada empunya nama. Istilah Arab, ia panggil musamma, isim, nama tuan punya nama. Itulah yang dipanggil musamma. Dalam bahasa lain, isim, nama (Marji’ul Isim) itu akan dirujuk kepada siapa. Itulah yang dipanggil musamma, nama lain bagi zat.
Jadi, kitab ini dimulakan dengan Bismillah, dengan nama Allah. Maksudnya, dengan Allah. Jika kita buat sesuatu dengan nama Allah, kita kena faham bahawa kita buat dengan Allah. Apa maksud “buat dengan Allah”? Maksudnya, kita buat dengan daya dan upaya yang Allah beri kepada kita. Kita tak boleh buat sesuatu dengan sendiri, dari pihak kita secara mutlak. Apa yang ada pada kita ni, melainkan Allah Ta’ala yang beri. Zat-Nya yang beri kepada kita. Tak ada zat lain yang boleh memberikan qudrat itu kepada kita dan makhluk alam semesta melainkan hanya Dia sahaja.
Ni disebut Bismillah ini untuk menyedarkan kita dalam bab akidah. Buat apa pun, dengan Bismillah, terjemahannya adalah “Dengan nama Allah”. Maksudnya, dengan Allah aku buat benda ini. Jika diterjemah secara asal, “Dengan nama Allah”, siapa Allah ini? Allah adalah Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Jadi, ada tiga nama besar yang disebut di sini:
1. Allah,
2. Ar-Rahman, dan
3. Ar-Rahim.
Allah itu adalah nama zat, Ar-Rahman adalah nama sifat, dan Ar-Rahim juga adalah nama sifat.
Nama zat maksudnya nama itu mestilah dirujuk kepada zat. Dalam bahasa Melayu, kita ada dua jenis nama: nama am dan nama khas. Nama am adalah nama umum, sementara nama khas merujuk kepada nama yang lebih khusus. Dalam bahasa Arab, istilah ini lebih besar, iaitu istilah nama zat dan nama sifat. Ini antara ilmu alat yang kita perlu pelajari dalam bahasa Arab untuk lebih memahami kitab-kitab ulama.
Bismillah ini adalah sebahagian daripada ayat al-Quran. Alhamdulillah, ia sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran, dan semua ini adalah dalam bahasa Arab. Bahkan kitab-kitab ulama pun sebegitu. Quran yang datang itu memberi kita huraian dengan makna yang sangat mendalam. Untuk kita boleh faham dan menggali makna yang terkandung di dalamnya mesti ada ilmu alat yang cukup banyak.
Ulama-ulama kita dahulu, orang tua-tua kita dulu, dalam amalan tauhid mereka harian mereka, mengamalkan Bismillah ini. Walaupun tidak hafal banyak ayat-ayat Quran, tidak banyak selawat, tetapi mereka tetap amalkan zikir Bismillah kerana ia adalah suatu yang besar dalam akidah mereka. Dengan Bismillah ini, mereka menyedari bahawa apa pun yang dilakukan, ia adalah dengan pertolongan Allah.
Bismillah ini, salah satu isinya adalah “La haula walau kuwata illa billah”. Apa maksudnya? “Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Allah”. Maksudnya, tidak ada daya upaya untuk meninggalkan maksiat, atau melakukan taat, melainkan dengan pertolongan Allah. Semua yang kita lakukan adalah dengan izin dan kekuatan dari Allah.
Jadi, Bismillah adalah simbol utama dalam hidup kita sebagai umat Islam. Dengan Allah kita buat segala-galanya. Jika kita ingat ini setiap kali melakukan sesuatu, kita akan lebih mendekatkan diri kita dengan Allah Ta’ala, dan tidak lupa bahawa segala yang terjadi adalah dengan kekuasaan-Nya.
Aa, itu atas istilah pelajaran, dia besar itu, tapi maksudnya tak ada daya upaya untuk tinggalkan maksiat dan tak ada daya upaya untuk buat taat melainkan dengan Allah. Maksudnya, dengan daya upaya yang Allah beri kepada kita, itu daya upaya sebelum ada daya upaya dengan zat diri kita ini. Jizim kita yang Allah Ta’ala bagi. Jadi, dengan dia beri, jadilah kita. Jisim kita ini, zat kita ini, zat kita ini, dia bagi nyawa kepada kita, dia beri pendengaran, penglihatan, kesempurnaan sifat kepada kita. Dengan itu, ada daya upaya kita untuk buat.
Bahawa kita hanya boleh buat untuk jauhkan maksiat, buat taat, tiada lain melainkan dengan Allah. Oh, besar mana makna itu, itulah makna Bismillah. Jadi, dengan nama Allah lah aku buat ini. Cuma digunakan uslub dengan nama. Sebut dengan nama Allah, sama maksudnya dengan “dengan Allah”, kerana bila sebut “dengan Allah”, Allah itu nama je. Bismillah, yang itu memang disebut dengan nama Allah. Boleh faham saya sebut apa?
Kalau Bismillah, dengan Allah, Allah kan nama kan? Bismillah diterjemah word by word, itu “dengan nama Allah”. Kalau dengan Allah, diterjemah sekali lalu, itulah terjemahannya, dan Allah itu nama, faham? Jadi, sebut “dengan Allah” atau sebut “dengan nama Allah”, maksudnya ialah dengan zat Allah. Maksud dengan zat Allah adalah dengan daya upaya yang Allah beri kepada kita. Dengan itu lah, baru kita boleh buat.
Asal nak sebut kaedah, “dengan nama Allah”, maksudnya dengan Allah. Tak disebutkan nama melainkan maksud daripada nama itu adalah musamma. Kalau dalam uslub Arab, tak disebut satu nama melainkan maksud nama itu adalah empunya nama. Kalau seorang ibu sebut anaknya, “Siapa Azim? Azim, nama Azim.” Azim mana, tak tahulah. Apa maksud dia panggil Azim? Ha, tuan punya nama itu, tuan punya nama itu. Kalau kucing, nama apa? Panggil Tompok, Tompok, Tompok itu nama. Tujuan sebut nama itu nak panggil tuan punya nama itu, nak panggil zat kucing itu. Boleh tak faham?
Jadi, bila sebut “Bismillah dengan nama Allah”, maksudnya dengan zat Allah. Okey, dengan Allah lah atas huraian yang disebut ulama. Apa maksud dengan Allah? Dengan daya upaya yang Allah Ta’ala beri kepada kitalah. Kalau atas pandangan perbuatan, dengan daya upaya Allah Ta’ala beri kepada kitalah, kita boleh buat sesuatu.
Makna Bismillah ini sama dengan makna “La Haula Wa La Quwwata Illa Billah”. Prinsip dia sama, maksud yang dikehendaki pun sama. Tujuan maksud dia pun sama, supaya hadir dengan kita, apa saja yang kita buat, dengan Allah. Maksudnya, dengan daya upaya yang Allah beri kepada kita. Cuma uslub yang digunakan dengan nama itu. Itu yang nak saya ulang berapa kali, tak disebutkan nama melainkan maksud dia adalah musamma. Itu uslub Arab, tak disebut satu nama melainkan maksud dia adalah empunya nama.
Kalau Quran sebut, macam mana? “Sabbih isma rabbika al-‘Ala.” “Tanzih,” yakni engkau bersihkan nama Tuhanmu yang Maha Tinggi. Apa maksud bersihkan nama Dia? Apa maksud bersihkan nama Dia? Aku tak tahu, tak faham, ngantuk lagi ke apa ni? Apa maksud bersihkan nama Dia? Bersihkan diri Dia, bersihkan zat Dia. Jangan nisbahkan sesuatu yang tak sepatutnya pada zat Dia. Apa yang tak patut kita katakan tentang Allah.
Dalam bahasa Melayu pun kita sebut, kita kena jaga nama baik keluarga kita. Kalau bapa kita orang baik-baik, kita kena jaga nama baik bapa kita. Ha, kan kita sebut macam itu kan? Apa maksud jaga nama baik bapa kita? Tak faham juga? Apa maksud jaga nama baik? Jaga diri dia itu. Maksudnya, bila sebut nama mestilah kembali kepada empunya nama. Contohnya bapak kemerdekaan itu, siapa? Mestilah ada musamma dia. Cukup kot saya cerita macam itu kan? Untuk nak ambil kefahaman.
Jadi, bila ‘billah’ bukan semata-mata sebut Allah, tapi nak bagi hadir, Aku buat ini, tak boleh datang perbuatan aku, tapi dengan Allah yang beri kudrat kepada aku, maka dengan itu, aku boleh buat. Itu ‘billah’. Ini bismillah, dengan nama Allah.
Ayat Bismillah ini, satu lagi uslub. Dia adalah perkataan ringkas untuk menunjukkan tak ada apa kita boleh buat melainkan dengan daya upaya Allah Ta’ala. Boleh tengok uslub bahasa Arab pun, Bismillahirrahmanirrahim. Dia bukan kalam, dia bukan perfect sentences melainkan jika kita taklukkan dia dengan sesuatu, baru dia akan jadi ayat sempurna, perfect sentences. Kalau tidak, dia takkan jadi makna sempurna, dia jadi ayat tergantung. Kalau dalam nisbah Arab, dia takkan jadi kalam kerana kalam ada syarat dia. Huwal lafzul murakkabul mufidu bil wad’i. Ada pelajaran kena belajar yang tu. Fokus besar di sini. Apa dia? Mesti dia mufid, mesti beri faham.
Perkataan Bismillah ni, dia tergantung ayatnya. “Dengan nama Allah”. Sama umpama kita sebut “dengan tangan kanan”, Faham? Faham apa? Tergantung. Soal dengan tangan kanan itu, ayat sempurna ke ayat tergantung? Macam mana tahu tergantung? Masa bila duk gantung, gantung kat langit? Bukan tergantung maksud macam itu. Maksud tergantung ini apa dia? Tak berkait dengan perbuatan. Maksud tergantung ini apa? Tak faham ayat itu.
Tak faham “dengan tangan kanan”. Kau cakap apa ni? “Dengan tangan kanan”, apa benda “dengan tangan kanan”? Dengan tangan kanan. Dia ayat sempurna ke ayat tergantung? Kenapa panggil tergantung? Kerana pendengar akan tertanya-tanya, “Nak buat apa dengan tangan kanan?” Boleh faham?
Macam mana nak sempurnakan dia? Kena tambah satu lagi perkataan untuk menyebabkan ayat itu sempurna. “Dengan tangan kanan, saya bersalam.” Ouuhh, kenapa tak cerita begitu, baru faham. Ha, boleh? “Dengan tangan kanan, saya menulis.” Ouuhh, “dengan tangan kanan, saya makan nasi.” Ouuhh, baru faham! Itu maksud “dengan tangan kanan.” tu.
Yang ni memang satu uslub yang memang tak ada dalam uslub bahasa lain. Bahkan dia hanya ada di dalam bahasa Arab. Sebab itu bahasa Arab ni, bahasa dia dalam dan kita takkan boleh faham melainkan dengan kita belajar macam saya sebut ni. Baru kita faham. Ouuhhh, cam tu ke cara nak faham? Ish, baru dengar hari ni.
Saya mula-mula saya mengaji dulu, bila jumpa tok guru yang memang syarah macam tu, saya kata, “Ui, pelik. Aku tak biasa belajar je, ni tak boleh belajar ni, apa benda ni?” Itu belajar nak faham yang tu.
Nak praktik pula Bismillah ini, perkataan ‘dengan’ tu yang asal saya nak syarah. Nak ajar supaya Bismillah ini, seperti yang saya kata tadi, kalau orang tua-tua dulu, ulama-ulama dulu di Pahang. Bismillah ini, walaupun dia tak baca Quran, walaupun dia tak ada zikir, selawat lain, dia Bismillah je. Bismillah, Bismillah, Bismillah. Walaupun tak ada Ar Rahman Ar Rahim, Bismillah, Bismillah, Bismillah, Bismillah. Nak buat apa tu? Supaya hadir di hati dia. “Aku buat ini dengan nama Allah, dengan Allah, dengan Allah, dengan Allah, dengan Allah, dengan Allah, dengan Allah.” Ya Allah, Allah, Allah, Allah. Perkataan pendek dialah. Supaya hadir apa yang kita buat ini ialah “La Haula Wa La Quwwata Illa Billah”.
Jadi, bila Bismillah ini, macam mana nak sempurnakan dengan ayat dia? “Dengan nama Allah, dengan nama Allah, dengan nama Allah.” Dia takkan jadi sempurna juga. Macam mana saya sebut “dengan tangan kanan” tadi, melainkan kaedah bahasa Arabnya disebut. “Ba” tu huruf jar, setiap huruf jar masih ada tempat taalluq dia. Ha, yang ni.
Kalau ngaji pondok, hangpa mesti hafal ni, telan ni. Pasal apa? Kalau tak hangpa nak faham lagu mana? Dia takkan boleh faham mendalam, tak leh faham betul-betul. Hatta Bismillah pun hangpa tak faham. Pasal apa? Tak faham uslub yang ulama ambil huraian dari kaedah-kaedah Arab tu. Macam mana disiplin dia nak bagi faham Bismillah? Kita akan tengok, ouhh Bismillah pun padan dah. Padan dah sebenarnya. Tak sebut “Lailahaillallah”, tapi sebut Bismillah ini kadang sedap lagi daripada “Lailahaillallah”.
“Lailahaillallah” ni apa? Lagi padat, lagi dalam. Semua pelajaran akidah itu dalam dia je. “Lailahaillallah.” Bismillah ini, dia hanya nak letak satu sudut. Bismillah yakni bilah yakni bi quwwatillah, dengan daya upaya daripada Allah Ta’ala. Itu pun boleh buat. Baik.
Jadi, Bismillah ini, “Dengan nama Allah,” apa benda yang kau buat dengan nama Allah ini? Apa benda yang kau buat dengan Allah ini? Ha, hadirkan apa benda yang kita buat tu lah. Bismillah, Bismillah, Bismillah, aku pakai baju. Bismillah, aku pasang butang. Bismillah, aku repair tudung. Bismillah, aku menulis. Bismillah, aku sembelih ayam. Bismillah, aku berjalan. Bismillah, aku start kereta. Bismillah dulu, Bismillah, dengan nama Allah, dengan Allah, baru aku boleh tekan pedal ini. Bismillah, Bismillahirrahmanirrahim. Hadirkan apa makna yang kita buat tu. Yang Bismillah ini, nak makan apa? Bismillah, minum apa? Bismillah, nak jalan apa? Bismillah.
Semua perbuatan yang kita buat, yang memang disuruh oleh syarak, adalah benda-benda yang mulia. Kita buat dengan patuh kepada syarak, dan memang disuruh mulakan dengan Bismillah. Hadirkan niat kita dalam setiap perbuatan tersebut, kerana takkan kita boleh buat taat melainkan dengan daya upaya yang Allah beri pada kita. Hadirkan Bismillah dalam setiap tindakan. Contohnya, “Bismillah” ketika kita kutip sampah. Bismillah, “Lailahaillallah” huruf besar nak sebut banyak-banyak. Kita buka dengan “Bismillah” je dulu. Kutip, “Bismillah” ambil sampah, “Bismillah.” Bismillah, Bismillah.
Tak ada daya upaya untuk kita boleh buat taat, untuk kutip sampah. Biar orang tengok bersih, cantik, dan lawa. Semua orang tengok. Siapa yang kutip sampah ni? “Bismillah.” Tak ada yang boleh kita buat melainkan dengan Allah yang beri daya upaya. Letak Ikhlas. Datang ikhlas di situ. Apa kunci dia? Bismillah.
Bismillah ini dalam maksudnya dari sudut nak menghadirkan apa saja yang kita buat, supaya kita sedar, yang boleh kita buat ini tiada lain melainkan Allah yang beri daya upaya. Jadi, apa kaedahnya? Hadirkan niat dalam setiap perbuatan itu dengan nama Allah. “Aku makan,” Bismillah, “aku makan dengan nama Allah.” Maksudnya, aku makan dengan Allah. Apa maksud aku makan dengan Allah? Aku makan dengan daya upaya yang Allah beri kat aku. Dengan itu, aku boleh makan. Sebelum makan, hadirkan niat itu. “Aku boleh makan, pun Allah yang bagi rezeki. Allah yang takdirkan rezeki untuk aku makan.” Setiap biji nasi, setiap ekor ikan, setiap molekul sambal. Contoh sarapan pagi, ikan bilis sambal. Eh, setiap telur yang kita nak makan, daging, ikan, ayam, apa saja, timun. Ada orang tanam timun untuk kita, siap, makan. Bismillah, Bismillah, Bismillah.
Orang yang memang dapat tauhid, hidup dia dengan Bismillah je, padan dah. Kata orang tua-tua dulu, amalan mereka tak banyak, tapi mereka Bismillah je, dan tak pernah tinggal Bismillah dalam kehidupan mereka. Bismillah, Bismillah. Quran pun bukan hafal, “Kulya, Kulhu, Kulya,” tapi Bismillah, Bismillah. Mereka hidup dengan akidah, buat apa pun, semua dengan Allah Ta’ala yang beri “Alhamdulillah”.
Lalu di itu, saya sebut syarah dan disiplin Bismillah ini, nisbah kita buat apa pun, Bismillah, Bismillah. Prinsipnya, nak hadirkan hati tu, hadirkan perbuatan yang kita buat, hubungkan dia dengan Allah. Senang je. “Aku menulis, Bismillah.” Tulis, Bismillah. Apa maksudnya? “Aku tulis dengan Allah.” “Start kereta, aku start kereta dengan Allah.” Apa perbuatan yang kita buat, hadirkan dia dengan prinsip macam tu.
Secara tak langsung, belajar bahasa Arab. Huruf jar mesti ada tempat taalluq, dan tempat taalluqnya ialah fe’el. Ha, dengar yang tu. Apa benda ni, tulis. Eh, dulu kita tulis, tulis apa benda? Ha, kadang-kadang mengaji 20 tahun baru faham. “Oh, cam ni. Aku tulis dulu, InsyaAllah.” Ha, itu yang tak jemu mengaji. Dengar syarahan ni pun berapa kali dah, hari ni macam baru dengar balik. Huh, ada orang yang dah biasa mengajilah, kan? Yang tak biasa mengaji, cukup.
Jadi, sekali lagi, Bismillah. Dengan nama Allah, dengan Allah. Bila sebut Allah, ada makna ke? Oh, besar maknanya. Allah, isi makrifah yang paling makrifah. Istilahnya, proper noun. Dia bukan common noun, dia proper noun yang paling proper sekali. Kalau yang lain proper noun, namanya proper noun, tetapi it’s not proper. Allah, yang make it’s proper. Tapi Allah, He is the creator, who make all the things proper. He is proper of the proper.
Nama dia tu, “A’raful Ma’arifah,” nama yang paling makrifah daripada segala proper noun. Sedikit bahasa orang putih situ. Istilah bahasa inggeris, memang disebut common noun, proper noun, nama Am, nama khas. Ni nama khas ni.
Baik. Dan nama pula, bila sebut Allah, dia merujuk kepada zat Allah. Ha, tu yang setiap isim mesti menunjukkan musamma. Isim mesti menunjukkan musamma. Dalam masa yang sama, ada isim menunjukkan sifat Ar-Rahman. Dia isim yang menunjukkan musamma, tuan diri, tuan punya nama itulah Ar-Rahman, dan nama dia dalam masa yang sama, Ar-Rahman menunjukkan ada sifat Ar-Rahman. Ar-Rahim menunjukkan zat yang bernama Rahim, dan ada pada dia sifat Ar-Rahim. Kalau Allah nama dia Allah, dan mestilah ada pada dia sifat uluhiyyah. Ha, tu belajar kemudian.
Allah menunjukkan ada sifat uluhiyyah, Ar-Rahman ada sifat rahmah, Ar-Rahim ada sifat rahmah juga. Cuma rahmat dengan sifat Rahman, makna lain. Rahmat dengan sifat Rahim makna lain. Allah mesti ada sifat uluhiyyah pada dia.
Hari ini, saya ingin sebut mengenai disiplin ilmu. Kalau tak pernah belajar, apa benda itu, kita memang tak boleh faham. Kalau mengaji lama sikit, barulah faham. Kan, hari pertama dengar nak faham semua, bukan macam itu. Tetapi, hari pertama, first impression kena bagi tahu. Apa dia? Banyaknya kena belajar. Biarlah mula-mula, ada perasaan, “Eh, aku tak pernah dengar ni caranya.” Biarkan, biarkan saja. First impression tu dah datang. Banyaknya kena belajar ni, kena duduk pondok ni. Ha, bagus, bagus. Macam duduk pondok.
Tak cukup dengan pondok, duduk atas pokok kelapa sawit tu. Hmm, duduk atas pokok kan? Ada pun, duduk bawah pokok kelapa sawit tu. Bawa plastik terpap biru tu, buat khemah. Tarik-tarik, duduk bawah tu, okeylah. Buat khemah je, bawah dia lantai macam mana? Lantai tu? Ha, tok duit pun tak ada. Ambil palet yang orang susun batu kat kedai hardware tu. Ambil palet dia, susun-susun. Cari kain buruk, longgok macam tu buat tempat duduk. Engkau, oh tadi aku sebut gitu kan?
Nak duduk selesa lain. Eh, keluar duitlah sikit. Duit pun takkanlah RM5. Kan? Duduk homestay pun semalam RM200, RM250. Pergi hotel, duduk Cameron 1 malam pun RM500. Takkan duduk pondok, hang nak bagi RM5. Tapi, kami tak minta yuran. Tapi, bagilah ada akal sikitlah. Memang tok guru kami macam tu kan? Saya mengaji kat arwah Fatih dulu macam tu. Saya pergi India pun, tok guru dia macam tu juga. Kita datang tu. Kalau sebulan duduk, sebulan jadi tetamu. Tetamu apa bahasa India? Mehman. Kita jadi mehman sebulan, dia jadi tuan rumah. Jadi mespan, mespanlah. Ha, dia jadi tuan rumah sebulan.
Sepatutnya, tetamu ni 3 hari. Makan semua dia tanggung, free, tak payah buat kerja apa. Tapi, takkan tak ada akal? Kita makan hari-hari pun, minum teh pun buat apa? Untung macam mana? Duit kita tu buat apa? Dia takkan minta wangnya, kita bagi ke? Tak payah tanya. Nak kena bagi duit kat dia? Benda ni kau minum kat kedai orang, bayar. Tak payah disebut, bagi je. Bagi pun apa, ikhlas. Tak ada duit? Tak ada masalah. Dia pun tak minta. Ini memang prinsip tok-tok guru, prinsip Aulia, prinsip mukmin ni macam ni. Dia tak perlu minta. Dia akan ada kesedaran. Macam mana dia sedar ke Allah, dia akan sedar. Ha, prinsip dia ajar macam tu. Sedar, masing-masing sedar tanggungjawab.
Kalau duduk tempat ni, memang kita asalnya tetamu. Tapi, dah 3 hari dah tak jadi tetamu dah. Apa ni? Macam tempat akulah. Tengok suis mana tak tutup, aku tutup. Tengok sampah, aku kutip. Tak payah suruh. Ha, pasal apa? Tempat aku ni. Memang aku bukan pemilik, saya pun bukan pemilik. Pemegang amanah je. Kalau kita punya, kita beli sekalipun, lepas kita mati, orang lain pula pemegang amanah. Ha, itu pemegang amanah.
Pemilik ni pegang amanah sebagai pelajar ke apa kan? Duduk sini macam tanah akulah. Dari sudut kita ambil tanggungjawab. Siapa yang datang ni? Oh, tanya tengok apa dia, kenapa dia datang, apa maksud dia datang. Dia cari siapa? Macam tempat kita dah, kita duduk ni. Ha, kami diajar macam tu, biasa macam tu. Saya duduk pondok Fatih macam tu.
Mula-mula duduk, “Ha, takpe lah, belajar. Kena bercerita ni, taklimat macam ni. Macam ni pelajaran kita.” Lama-lama kita jadi macam orang pondok, kita pondok. Pondok ni pondok kita yang ada. Janga nada sesiapa buat benda-benda tak elok. Macam rumah kita. Macam kita tuan rumah. Kita yang susun. Ada air. Ni pecah paip, bukan suruh orang dan kita duduk kat santai ni, eh, tak ada. Semua orang buat kerja, semua orang turun.
Yasyuddu Ba’dhuhum Ba’dho, masing-masing akan tolong menolong antara satu sama lain. Orang ni buat ni, orang ni buat ni, orang ni buat ni, orang ni buat ni. Memang macam tu. Ha, macam tu. Tambah ketua. Ketua ni kalau ikut saya pergi India sama. Kalau buat teh pun, prinsip dia. Sayyidul qaum, khadimuhum. Siapa jadi ketua, dia khadam paling besar sekali, semua dia urus. Dia tengok sana, dia tengok sini, habis. Habis, dia tak reti. Engkau tolong buat ni, aku tak pandai. Ha, tu ni sawit ni, ha, potong-potong. Potong ni, kau buat. Ha, saya tak pandai. Carilah, saya pun tak kenal lagi orang sini. Orang buat. Ha, dia jadi khadam semua. Dia kena tengok semua, semua, semua, semua. Semua tu ketua. Semua orang kena ada berfikiran macam tu. “Kullukum ra’in, Wa kullukum mas’ulun an ra’iyyatih”
Nak cerita apa ni? Nak cerita prinsip. Bila kita belajar dengan tok-tok guru, para Aulia ni, prinsip mengaji pondok, pengajian macam ni. Ha, ni prinsip dia. Macam tu. Ha, ada orang pelik, tak ada yuran. Tu nak makan apa? Akidah ni, siapa bagi makan kau selama ni? Yuran? Dia sedarkan kita kepada siapa yang bagi tu, Allah. Ni makhluk, laluan aje. Orang ni bagi, orang ni bagi, orang ni bagi. Orang ni tak lepas saja kalau kita berpegang dengan yuran. Yuran dia orang tak bagi, ni tak bayar, ni tak bayar, ni tak bayar. Kau mak bapak kau yang tak bayar yuran, belah.
Pondok bukan macam tu, tak. Walaupun tak ada orang tak bayar yuran sekupang pun kat sini. Cuba tengok mak bapak dia sikit. Ada akal ke takde akal? Rupanya memang orang susah, orang tak layan, biar. Tapi tengok orang kaya, sekupang pun tak bagi. Kata dia, “Kami anak saya duduk pondok free je, takde yuran.” Macam bengap je. Memang kena bubuh ayat tu.
Takkan nak kena bubuh kata, “Yuran sebulan 1,000 baru nak bagi duit?” Boleh faham saya sebut? Ha, ni apa punya prinsip ni? Ha, ni lah prinsip orang Islam. Sahabat dengan Rasulullah ni tak payah tanya Rasulullah nak apa. Katalah, Rasulullah ni tanya apa? Bumbung rumah Rasulullah roboh, macam mana? Rasulullah tak payah beritahu. “Oi, bumbung rumah aku roboh, boleh repair?” Tak payah, tak payah. Semua akan berfikir kat Rasulullah. Rasulullah fikir untuk sahabat, sahabat fikir untuk Rasulullah. Ha, ini prinsip kita. Agama, agama ni macam ni. Yang lain, kita duduk dengan prinsip sekolah kebangsaan, sekolah universiti. Mereka tak diajar dengan prinsip-prinsip kita. Kita ni cara pondok.
Sebabtu orang kata pondok ni apa? Pondok ni sistem daripada Nabi Sallallahu alaihiwasallam sebenarnya. Ha, saja. Itu memang nak muqaddimah situ. Pondok ni sebenarnya satu sistem daripada Nabi Sallallahu alaihiwasallam. Kat mana? Dia akan ada satu pemimpin. Lepas tu, keliling dia sahabat. Prinsip macam tu lah. Tapi dia duduk semeja, duduk sebaris, sama kumpul. Takde pula dia asing duduk istana besar tinggi-tinggi. Prinsip dia duduk dalam masyarakat, dia sebahagian pada masyarakat.
Cuma di atas keputusan dia, apa pun rujuk dia. Apa keputusan pun, bila dia dah bagi urusan, “Ha, ni tugas engkau, ni tugas engkau.” Nak pergi perang, “Engkau, ha, kau jaga elok-elok.” Tugas dia bagi tugas.
Jadi, dengan kita bismillah ni, bila kita ingat Allah Taala, sedar kita ke Allah Taala, Oh, sedar pula nanti, siapa yang ajar semua ni? Asal datang pada Nabi Sallallahu alaihiwasallam. Siapa yang datang, kita ajar macam ni. Ni tok-tok guru kita. Ouuhhh, haa, insyaAllah nanti lagi mengaji, lagi faham. Kan, lagi faham.
Jadi, asal saya nak sebut tadi, Bismillah ada 3 nama itu, ada common proper noun, itu Allah. Ada most proper. Jadi, Allah menunjukkan ada sifat uluhiyyah. Ar Rahman ada sifat rahmat. ar Rahim pun ada sifat rahmat. Tapi rahmat dengan rahmat, dengan sifat rahmat, mana lain. Rahmat dengan sifat rahim, mana lain. Apa dia? Tu sebut panjang.
Sekadar untuk hari ni, nisbah untuk baca matan macam ni, eh. Ha, nak panjang lagi, mengajilah lama lagi. Panduan dah diberi. Kalau ada masa, yang dah ada keupayaan, insyaAllah buka kitab, tengok. “Oh, inilah huraian dia.” Ha, yang tu pun tengok huraian, kadang tak faham juga. Aa, nak kena mengaji huraian pula. Ngaji kitab lain pula. Dah ngaji kitab lain, kalau ada syarah, nak kena syarah pula syarah tu. Satu hal lain. Ha, tu yang mengaji, mengaji, mengaji, mengaji. InsyaAllah.
Jadi, dia mulakan kitab dia dengan “Bismillahirrahmanirrahim.” Nisbah dia, bismillah ni, “Aktubu wal allifuhu.” Aku tulis ni dengan nama Allah. Ya Allah yang beri daya upaya aku untuk menulis. Dia ilhamkan aku untuk menulis.
Saya, bismillahirrahmanirrahim, Aqra’u. Saya baca, wa Allimu, aku ajar. Allah yang beri upaya aku untuk mengajar. Dia ilhamkan. Nak baca kitab apa, syarah apa, satu hal. Ha, baca kitab ni, alhamdulillah. Orang mengaji, bismillah. Apa dia? yakni ata’allmu, aku belajar. Bismillah. Aku tulis. Aa, hadirkan apa yang kita buat. Kalau boleh, ambil formula tu, beramal. Padan dah tu. Sampai mati, bismillah je. Tak hafal doa lain pun takde masalah dah. Tapi takkan takat tu je? Eh, tapi takde masalah sebenarnya. Bila ada hubungan dengan Allah Taala. Wallahi, dia takkan ada rasa jemu, kalau ada hubungan dengan Allah Taala.
Yang jadi masalah ni, jemu. Ada masa lapang pun jemu. Sibuk kerja pun jemu. Sibuk pun boring. Sorang pun boring. Sibuk dah, letih dah, banyak kerja daripada duduk ni. Sampai takde kerja langsung nak buat apa? Takde aktiviti? Ni masalah kita. Senang pun susah, susah pun susah, lapang pun susah, sibuk pun susah. Mengaji pun susah, tak mengaji pun susah. Nak jadi apa? Tapi orang Islam ni macam mana? Susah pun senang, senang pun senang. Macam mana nak dapat prinsip macam tu? “Lailahaillallah.” Bagi tahu tugas.
Kerana Bismillah ni nak mengajar satu prinsip kehidupan kita. Hidup kita ada matlamat. Matlamat kita apa? Nak sentiasa kebersamaan, hadir hati dengan Allah Taala. “InnaAllaha Ma’ana.” Rasulullah ajar prinsip kita, Allah bersama kita. Macam mana? Allah sentiasa beri kurniaan tak putus-putus kat kita. Itu antara huraian sekali lalu. Mudah je untuk beri light knowledge untuk faham.
Allah sentiasa bersama kita. Macam mana? Dia tak pernah berhenti beri anugerah kat kita, tak pernah berhenti. Tak pernah berhenti macam mana? Dia bagi nafas, dia bagi oksigen, dia sediakan. Disediakan pokok untuk proses. Pokok ni alat aje. Yang bagi Allah, itu alat untuk proses fotosintesis. Apa hasil? Oksigen. Ni hidung. Alat sahaja. Yang bagi bernafas, bagi hidup siapa? Allah. Bismillah. Itu Bismillah, bismillah. Jadi, bismillah ni nak mengajar prinsip kita hidup supaya bermatlamatkan kenal Allah, tauhid kepada Allah Taala. Tu yang mula-mula kita bismillah. Quran pun apa? Bismillah.
Dalam hadis, Rasulullah SAW berkata, “Kullummriin zi baalin laa yubda’u fiha bi bismillah, fa hua abtar, aqtho’, ajzam” Maksudnya, setiap urusan yang baik, yang memang ada maksud yang diizinkan syara’, yang dibuat untuk ikut patuh perintah Allah, juga dalam perkara yang mulia, jika tidak dimulakan dengan Bismillah, maka ia akan menjadi kurang berkat. Walaupun seseorang itu berusaha keras, tetapi tanpa berkat, ia akan jadi seperti orang yang kudung atau orang yang menderita penyakit kusta. Ini menunjukkan bahawa usaha yang tidak disertakan dengan niat yang ikhlas dan kehadiran hati dengan Allah Taala akan kurang manfaatnya.
Berkat itu bermaksud “Husul, manfa’atul kathir”: Hasil manfaatnya banyak. Manfaat yang besar walaupun sedikit usaha yang dilakukan. Maka, dengan Bismillah, walaupun kita buat sesuatu yang sedikit, manfaatnya besar. Namun, jika tidak hadir hati dengan Allah, walaupun kita buat banyak perkara, manfaatnya akan sedikit. Inilah prinsip ketuhanan yang diajarkan oleh Rasulullah. Dengan hadir hati ke Allah, barulah urusan kita menjadi mulia dan bernilai di sisi Allah Taala.
Jika kita tidak ingat Allah Taala, maka segala usaha kita tidak akan ada berkat. Ini kerana Allah tidak akan menilai apa yang kita lakukan jika kita tidak menyertakan kehadiran hati dengan-Nya. Bismillah mengajarkan kita untuk hadirkan hati kita kepada Allah dalam setiap tindakan kita, supaya segala apa yang kita lakukan mendapat manfaat yang besar.
Manfaat hanya akan terhasil apabila hati kita hadir dengan Allah Taala. Janganlah kita merasa hebat kerana kejayaan kita, tetapi sedarlah bahawa ia adalah kerana pertolongan Allah Taala. Seperti dalam memanah, kita perlu fokus. Kalau kita tidak fokus, kita tidak akan dapat mencapai sasaran. Begitu juga dengan urusan kehidupan kita, segala apa yang kita lakukan perlu ada fokus dan kehadiran hati dengan Allah untuk mendapat hasil yang baik.
Bismillah adalah asas kepada segala perkara yang kita lakukan. Rasulullah SAW mengajar kita untuk memulakan setiap perkara dengan Bismillah. Begitu juga dengan prinsip tauhid. Segala apa yang kita lakukan atas muka bumi ini tidak boleh lekang daripada tauhid dan kehadiran hati kita dengan Allah Taala. Dengan itu, barulah kita mendapat berkat dan manfaat yang banyak.
Dalam hadis yang saya sebutkan tadi, “Kullummriin zi baalin laa yubda’u fiha bi bismillah, fa hua abtar, aqtho’, ajzam” bermaksud segala urusan yang baik harus dimulakan dengan Bismillah. Bismillah mengajarkan kita untuk menghadirkan hati kita kepada Allah dalam setiap perkara yang kita lakukan. Itu adalah prinsip tauhid, yang mengarahkan kita untuk sentiasa mengingati Allah dalam setiap urusan kita.
Bismillah juga mengingatkan kita untuk sentiasa bersyukur dan mengingati Allah. Dengan itu, segala usaha yang kita lakukan akan diberkati dan mendapat manfaat yang besar. Inilah ajaran utama yang dapat kita ambil dari hadis dan pengajaran Rasulullah SAW.
Saya ingin menutup dengan doa, “Bismillahirrahmanirrahim, Allahumma barik lana fi amalina, dan beri kami pemahaman yang lebih mendalam tentang tauhid dan agama ini.” Semoga Allah memberi kita taufik dan hidayah dalam setiap usaha yang kita lakukan.
Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Kami sedang mencari editor yang berkelayakan untuk memperbaiki transkrip serta mentakhrij dalil yang dinyatakan asatizah. Oleh itu, sumbangan dari pengguna sangat kami perlukan untuk tujuan ini. Setiap sumbangan sangat kami hargai. Semoga ianya menjadi saham yang mengalir sampai akhirat. Amin!